Wednesday, August 10, 2022

Tunang syahid angkara kekejaman zi0nis

| |


'Maaf, nombor yang anda dail tak dapat dihubungi.'

Itu yang kedengaran di telefon Abeer apabila dia cuba menghubungi nombor tunangnya.

Sepatutnya beberapa minggu lagi mereka berkahwin. Segala persediaan telah dibuat, rumah kecil mereka telah disiapkan, perabot sudah dibeli dan baju pengantin siap tergantung di almari.

Tiba-tiba, serangan zi0nis memusnahkan semuanya. Rumah, perabot, baju pengantin, tidak ada yang berbaki, semuanya bertukar menjadi debu berterbangan.

Dan bakal suaminya?

'Maaf, nombor yang anda dail tak dapat dihubungi.'

Itu jawapan operator ketika dia menghubungi bakal suami ketika serangan mula meletus dan dia cuba memastikannya selamat.

Rupa-rupanya tunang Abeer juga telah menjadi abu, terkorban dek bedilan roket penjajah.

Muslimah dari Rafah, P4lestin ini telah kehilangan tunangnya sekelip mata dalam tragedi pencerobohan rejim I5rael beberapa hari lalu.

Abeer dan tunangnya, Ismail Dweik sempat bertunang untuk tempoh dua bulan. Lebih menyedihkan, mereka sepatutnya bergelar suami isteri dalam masa terdekat.

Difahamkan, Ismail Dweik ditemui syahid selepas serangan udara Israel dengan sengaja menyasarkan rumahnya di Rafah, sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Pada Isnin, pejuang P4lestin dan I5rael bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Ga.za seperti yang dicadangkan Kaherah.

Dalam tempoh pertempuran tiga hari bermula Jumaat itu, Kementerian Kesihatan P4lestin memaklumkan bahawa lebih 44 warga P4lestin termasuk 15 kanak-kanak serta 4 wanita terbunuh manakala 360 cedera.

Bantulah kami membantu mereka. InsyaAllah kita dapat membantu membina semula kehidupan penduduk di sini. 

Untuk sumbangan melalui Cinta Gaza Malaysia klik emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun Maybank CGM, 564810507826 ref : kecemasan.

Mohon disebarkan.

0 comments:

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©