Wednesday, September 16, 2009

Saturday, September 5, 2009

Surat untuk Adam

| | 0 comments





Assalamualaikum Adam, 
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yg kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dr
 tulang rusukmu yg bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan drmu. Sentiasa mahu terpesong dr landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dr kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, kerana 
andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dr peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pd zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yg 
mengharuskan adam beristeri lebih dr satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam, 
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. 
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi tlh kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala tlh menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara utk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku syg pdmu.

Adam, 
Sebagaimana didalam Al-Quran tlh menyatakan yg engkau diberi 
kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab utk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yg tlh terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku tlh 
ramai yg menderhakaimu. Ramai yg tlh menyimpang dr jalan yg tlh ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan, dipasar, di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa, aku keluar dr rumah seluruh tubuhku ditutup dr hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku tlh lebih dr yg sepatutnya. 

Adam, 
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepd anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu, guru dan 
aku jugalah yg memikul senjata. Pdhal engkau duduk shj. Ada diantara kau yg menganggur tiada kerja. Kau perhatikan shj aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepdku?

Adam, 
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang 
engkaulah yg harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yg tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh, guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa, kaulah puncanya!!! 

Adam, 
Kau selalu mengata, Hawa memang 
degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepd dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu?  Dalam mendidik aku yg lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam, 
Sebenarnya 
kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dr itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu utk membimbingku. 

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dr TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam, 
Andainya kau 
masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yg memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pd dirimu sendiri. Wallahualam.

Surat Utk Adam - Dihantar oleh: Mumtazah Maridi
www.iluvislam.com

Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©