Sunday, December 27, 2009

Remembering Gaza today!

| | 0 comments



Today is the one year anniversary when Israel launched its brutal war on the Gaza Strip. Please remember to think of the Palestinians who suffered through this awful attack. If you can, we will be meeting at Midvalley Shopping Mall, Center Court, at 11am and will be having a 1 minute silence at 12pm to think and pray for all those that were killed, injured, and still suffering today due to the inhumane blockade.

For those of you who can't make it, wherever you are, you can join us by having a 1 minute silence at 12pm. Plus for those of you who have the Palestinian scarf, please wear it. If someone asks you why, tell them :)

We need to join together in order to tell the world that what happened was an atrocity to humanity, illegal and that the siege must end in order for the Palestinians in Gaza to have a chance to rebuild their lives. As I am writing this, the Viva Palestina convoy is still stuck in Jordan and Egypt is not giving them permission to enter into Gaza to deliver the over 200 trucks of medical and humanitarian aid that was donated from people all over the world, including Malaysia. This is very much needed aid by the people that is only a few hours away and it can't get to them.

We have to take a stand that the people in Gaza are just like you and I and have the right to live.
Location:Mid Valley Shopping Mall/Everywhere
Time:11:00AM Sunday, December 27th

Read more...

Saturday, December 26, 2009

KELEBIHAN PUASA SUNAT 10 MUHARRAM

| | 0 comments

ESOK Ahad (27 Disember 2009) hari ke10 dalam bulan
Muharram mengikut kalender Islam.

Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah
sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Namun,
ada kelebihan pada hari tertentu di mana kita digalakkan
mengamalkan ibadat sunat. 
ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa
yang meningkatkan amal pada Muharram. Antaranya
berpuasa sunat pada 10 Muharram atau lebih dikenali
dengan Hari Asyura.

  Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:
"Orang Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari
Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari
Asyura. Maka, apabila Baginda datang ke Madinah,
Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang
ramai berpuasa.

  "Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, di
tinggalkan puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda:
"Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa
yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)
BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram
yang menunjukkan kebesaran Allah.

  Pendakwah bebas, Abu Hasan Al-Ash'ari Zakaria, berkata amalan baik yang baik boleh dilakukan pada hari itu dan juga hari seterusnya pada Muharram kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.


 Oleh itu, katanya, masyarakat perlu faham keperluan atau apakah yang diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunatpada hari tertentu seperti yang dianjurkan Islam.
 "Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. 
"Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu. 


"Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik.
"Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat," katanya. 


Abu Hasan berkata, walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharram, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang. 


Walaupun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada  9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi. 


Katanya, ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?  
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka. Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.  Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu."  Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.


 Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW
Abu Hasan berkata, selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar. 


Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memberi pertolongan." 


Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.  Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.  "Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan danmenggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.  


PERISTIWA 10 MUHARRAM


* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi 
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy. 
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan malaikat Jibrail.
Read more...

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431: Doa Awal dan Akhir Tahun

| | 0 comments


Salam Maal Hijrah 1431: Semoga dikukuhkan lagi Iman & Akidah, bertambah Amalan & Jihad ke jalan-Nya. Amin..

Awal tahun 
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah ya Karim ya Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". 

Akhir tahun 
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Read more...

Saturday, December 12, 2009

| | 0 comments


Read more...

Sebab kitakan kawan..

| | 0 comments




Menjadi penyokong, kawan setia & kawan pada masa susah dan senang.. 
Inilah ertinya setiakawan, tapi seperti yang kita sedia maklum sebagai manusia biasa kita tak sempurna.. 
Selalunya kita terima kelebihan kawan tapi adakah kita terima kekurangan si kawan?
Wahai kawan ketahuilah seperti mana kau, aku juga banyak kekurangan dari kelebihan.. 
     mungkin aku buat kau tak selesa 
     mungkin aku membuat kau meluat 
     mungkin aku tidak bijak, menjengkelkan, memalukan, membosankan...

Tapi dengan adanya kau, kau juga atau kau di sisi membantu menyempurnakan perjalanan aku di sini, walaupun ada kalanya aku menambah payah kau, dan ada kalanya kau juga.. harap korang terima! sebab kitakan kawan..
Sediakah kau terima kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi yang aku sendiri tak tau, bersama, sama ada aku atau kau yang akan menimbulkan kemungkinan/masalah akan datang. aku sedia! sebab kitakan kawan.

Waktu pencapaian pelajaran aku jatuh, kau pujuk, kau tabur kata-kata semangat.. tapi waktu pencapaian pelajaran aku meningkat kau hanya memandang sinis, bukan aku harap pujian, tapi cukup dengan kata-kata semangat yang tak putus.. kau takut? kau takut aku menandingi kau? aku tidak! kerana kitakan kawan..
Seamanah mungkin aku membantu meringankan kerja kau, tapi bila kerja tadi terbatas oleh pihak ke3 yang tak bekerja sama, adakah kau nampak itu salah aku dan kau anggap aku mengambil ringan kerja tadi? aku kecewa! kerana kitakan kawan.

Kau mengetahui akan zaman kejatuhan aku dulu.. ada kekurangan aku berkaitan dengannya.. aku akui kekurangan & kelemahan aku, kau tegurilah, ajarilah aku.. mungkin dapat diperbaiki kelemahan & kekurangan tadi dari masa ke semasa..
Tapi jika kau tidak dapat menerima aku kerana kekurangan diri ini, tak dapat aku berbuat apa-apa.. tetap akan aku cuba perbaikinya mengikut kemampuan.
Yang perlu kau tahu, aku terima baik, buruk, kelebihan & kekurangan kau.. jadi terimalah aku seadanya..
Mampukah aku membuat kau terus selesa hingga ke akhirnya.. Insya Allah aku mampu? sebab kitakan kawan..

Terima kasih kawan..


Read more...

Monday, December 7, 2009

Surat Adam Untuk Hawa

| | 0 comments


Dengan nama Allah swt Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang………..

Didoakan semoga kalian berada dibawah
lembayung rahmat dan keredhaan Allah
swt….


Hawa.... 
Maafkan aku jika coretan ini bisa
mengguris hati
mu. Meskipun
kutahu, jiwa
mu selembut sutera dan bisa
hancur 
lantaran kata-kata yang bakal
ku ungkap ini,
 mengertilah duhai
Hawa.... 
kerana kaulah pengubat
kesunyian waktu aku di syurga
dulu....

dan engkau juga asalnya dari
tulang rusuk kiriku yang
bengkok, lantas kerana bimbang hidup
mu
terpesong dari landasan yang
sebenarnya, kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah
mentakdirkan kaum
mu melebihi
bilanganku di akhir zaman ini. Itulah
kebesaran dan penelitian Allah swt
dlm urusan-Nya. Bayangkanlah

Hawa... 
sekiranya kaumku melebihi
kaum
mu, yang pasti dunia ini kan
berkecai kerana huru-hara dan
diselimuti warna-warna suram lantaran
kekejaman dan penindasan....


Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar
berfikir sejenak tentang hakikat
kekalutan yang melanda disaat ini.
Tapi permintaanku, duhai

Hawa... 
cubalah! renungkan jua yang
sebenarnya diri
mu kini sudah
berubah... Tidakkah
 kau mengerti bahwa
diri
mu kini... kian berubah.. tidakkah
kau mengerti bahwa dirimu adalah
umpama sekuntum bunga yang indah di
pandangan mata namun bukan perhiasan
semata-mata. 
Duri-duri yang
melingkari
mu itulah hijab yang
digariskan oleh Allah swt sebagai
pelindung yang diertikan sebagai aurat
seorang 
yang bergelar wanita... 
Mengapa
Hawa? 
Mengapa harus kau biarkan ia
terdedah... kepada kami, kaum ajnabi
mu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan
diri
mu umpama bahan yang dapat
diperkotak-katikkan. Dimana-mana
saja, bisaku lihat diri
mu menghayunkan
langkah, bukan sebaik dulu
lagi... langkah
mu kian pantas.... apa
sebenarnya yang
 engkau kejari?... ku
sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak
dapat membezakan antara diri
mu dan
teman-teman yang lain...
 Bersama
hayunan langkah itu, suara
mu kian
meninggi, diiringi gelak tawa yang
cukup memedihkan mata dan hatiku
ini... Sedarkah
 kau Hawa.....????
Haruskah aku terima hakikat yang kau
kini sudah berubah? Semakin jauh dari
landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki
buat
mu dahulu!!!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi
tontonan ramai? Perlukah
 kau hiasi
diri
mu untuk menarik perhatian
sehinggakan yang seharusnya menutupi
aurat
mu, kau miliki dari ciri-ciri
yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku
untuk melihat kembali keadaan yang
mana sesederhana yang mungkin! Cukup
untukku merasakan kehadiran
mu disaat
ini tidak lebih dari mempamerkan
perhiasan diri yang
 kau
punyai..... 
Fahamilah Hawa, usahlah
menurut kerakusan nafsu menjelajahi
sebutir peluru yang bisa hinggap di
mana saja meninggalkan fitnah buat
kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat
kulihat aurat
mu menjala, di sekeliling
pandangan.... Aku tidak mahu
Hawa... suatu hari nanti, dinegeri yang
abadi itu, memperlihatkan seksaan
terhadap
mu yang ku kira paling
dahsyat, apa tidaknya... 
seurat
rambutmu yang keluar, 
ular menanti
dimana-mana,
 sejengkal tanganmu
kelihatan ...aduh!!  banyaknya seksaan
menantimu!... 
Mengapa begitu Hawa???
Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau
jaga adalah maruahmu! Maruah seorang
wanita 
yang tersandar di bahumu
kelemahan dan kekurangan!!! Jadi
bagaimana seandainya
 kelakuan dan
auratmu 
terpamer di mana-mana saja??

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan
pembohongan yang kau sembunyikan dalam
dirimu sendiri.... 
Di sini auratmu kau
selindungi disebalik pemakaianmu, atas
dasar peraturan dan persekitaran
kalian... 
tapi jauh nun diluar
sana, tersentak diriku tatkala diri
mu
telah jauh berbeza! Tudung ke
mana, jilbab ke mana?
 Apatah lagi
tingkah lakumu...!!! Dimana kau
letakkan martabat seorang yang
bergelar muslimah
Aku diselubungi
rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah
dirimu, bertuturlah dengan suara yang
lembut mampu kau kawal lantaran jika
terlanjur, 
semuanya bisa membawa dosa
pada
mu... Jangan kau memperlihatkan apa
yang tersembunyi pada diri
mu.. tapi
ingatlah, 
cukuplah sekadar tapak
tangan dan wajahmu yang
dizahirkan, 
bukan
kakimu, rambutmu, dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-
wanita beriman, hendaklah mereka
menahan dari pandangan mata mereka dan
memelihara kemaluan mereka dan jangan
menampakkan perhiasan mereka kecuali
yang zahir daripadanya...”


Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan
bicara pertama ini di sini
dulu... Andai diizinkan Allah swt, kita
bersua lagi dilain lembaran dan yang
pasti aku tetap terus membimbing
mu.
Harapanku agar muncullah walaupun
hanya secebis kesedaran dihati
mu dan
akan mendoakan moga Allah swt membuka

hati kalian 
untuk mencetuskan
perubahan...

Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA
SOLEHAH!!”



SURAT ADAM UNTUK HAWA – DIHANTAR OLEH: Sha FTC Crew Jr. 
Read more...

SURAT ADAM UNTUK HAWA

| | 0 comments

Dengan nama Allah swt Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang………..

Didoakan semoga kalian berada dibawah
lembayung rahmat dan keredhaan Allah
swt….


Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa
mengguris hati
mu. Meskipun
kutahu, jiwa
mu selembut sutera dan bisa
hancur
lantaran kata-kata yang bakal
ku ungkap ini,
mengertilah duhai
Hawa....
kerana kaulah pengubat
kesunyian waktu aku di syurga
dulu....

dan engkau juga asalnya dari
tulang rusuk kiriku yang
bengkok, lantas kerana bimbang hidup
mu
terpesong dari landasan yang
sebenarnya, kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah
mentakdirkan kaum
mu melebihi
bilanganku di akhir zaman ini. Itulah
kebesaran dan penelitian Allah swt
dlm urusan-Nya. Bayangkanlah

Hawa...
sekiranya kaumku melebihi
kaum
mu, yang pasti dunia ini kan
berkecai kerana huru-hara dan
diselimuti warna-warna suram lantaran
kekejaman dan penindasan....


Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar
berfikir sejenak tentang hakikat
kekalutan yang melanda disaat ini.
Tapi permintaanku, duhai

Hawa...
cubalah! renungkan jua yang
sebenarnya diri
mu kini sudah
berubah... Tidakkah
kau mengerti bahwa
diri
mu kini... kian berubah.. tidakkah
kau mengerti bahwa dirimu adalah
umpama sekuntum bunga yang indah di
pandangan mata namun bukan perhiasan
semata-mata.
Duri-duri yang
melingkari
mu itulah hijab yang
digariskan oleh Allah swt sebagai
pelindung yang diertikan sebagai aurat
seorang
yang bergelar wanita...
Mengapa
Hawa?
Mengapa harus kau biarkan ia
terdedah... kepada kami, kaum ajnabi
mu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan
diri
mu umpama bahan yang dapat
diperkotak-katikkan. Dimana-mana
saja, bisaku lihat diri
mu menghayunkan
langkah, bukan sebaik dulu
lagi... langkah
mu kian pantas.... apa
sebenarnya yang
engkau kejari?... ku
sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak
dapat membezakan antara diri
mu dan
teman-teman yang lain...
Bersama
hayunan langkah itu, suara
mu kian
meninggi, diiringi gelak tawa yang
cukup memedihkan mata dan hatiku
ini... Sedarkah
kau Hawa.....????
Haruskah aku terima hakikat yang kau
kini sudah berubah? Semakin jauh dari
landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki
buat
mu dahulu!!!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi
tontonan ramai? Perlukah
kau hiasi
diri
mu untuk menarik perhatian
sehinggakan yang seharusnya menutupi
aurat
mu, kau miliki dari ciri-ciri
yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku
untuk melihat kembali keadaan yang
mana sesederhana yang mungkin! Cukup
untukku merasakan kehadiran
mu disaat
ini tidak lebih dari mempamerkan
perhiasan diri yang
kau
punyai.....
Fahamilah Hawa, usahlah
menurut kerakusan nafsu menjelajahi
sebutir peluru yang bisa hinggap di
mana saja meninggalkan fitnah buat
kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat
kulihat aurat
mu menjala, di sekeliling
pandangan.... Aku tidak mahu
Hawa... suatu hari nanti, dinegeri yang
abadi itu, memperlihatkan seksaan
terhadap
mu yang ku kira paling
dahsyat, apa tidaknya...
seurat
rambutmu yang keluar,
ular menanti
dimana-mana,
sejengkal tanganmu
kelihatan ...aduh!!  banyaknya seksaan
menantimu!...
Mengapa begitu Hawa???
Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau
jaga adalah maruahmu! Maruah seorang
wanita
yang tersandar di bahumu
kelemahan dan kekurangan!!! Jadi
bagaimana seandainya
kelakuan dan
auratmu
terpamer di mana-mana saja??

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan
pembohongan yang kau sembunyikan dalam
dirimu sendiri....
Di sini auratmu kau
selindungi disebalik pemakaianmu, atas
dasar peraturan dan persekitaran
kalian...
tapi jauh nun diluar
sana, tersentak diriku tatkala diri
mu
telah jauh berbeza! Tudung ke
mana, jilbab ke mana?
Apatah lagi
tingkah lakumu...!!! Dimana kau
letakkan martabat seorang yang
bergelar muslimah?
Aku diselubungi
rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah
dirimu, bertuturlah dengan suara yang
lembut mampu kau kawal lantaran jika
terlanjur,
semuanya bisa membawa dosa
pada
mu... Jangan kau memperlihatkan apa
yang tersembunyi pada diri
mu.. tapi
ingatlah,
cukuplah sekadar tapak
tangan dan wajahmu yang
dizahirkan,
bukan
kakimu, rambutmu, dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-
wanita beriman,hendaklah mereka
menahan dari pandangan mata mereka dan
memelihara kemaluan mereka dan jangan
menampakkan perhiasan mereka kecuali
yang zahir daripadanya...”


Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan
bicara pertama ini di sini
dulu... Andai diizinkan Allah swt, kita
bersua lagi dilain lembaran dan yang
pasti aku tetap terus membimbing
mu.
Harapanku agar muncullah walaupun
hanya secebis kesedaran dihati
mu dan
akan mendoakan moga Allah swt membuka

hati kalian
untuk mencetuskan
perubahan...

Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA
SOLEHAH!!”




SURAT ADAM UNTUK HAWA – DIHANTAR OLEH: Sha FTC Crew Jr.
Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©