Wednesday, December 9, 2020

9 DISEMBER 1987 | INTIFADA PERTAMA

| | 0 comments

 


Pada 8 Disember 1987, trak I5rael telah melanggar sebuah kereta yang memuatkan empat orang P4lestin, sehingga maut di kem pelarian Jabalya, utara Gaza.

Insiden ini mencetuskan kemarahan dan protes rakyat P4lestin yang merebak dengan cepat ke seluruh semenanjung Gaz4 sehingga ke Tebing Barat.

Inilah permulaan intifada pertama yang sering disebut 'perang batu'. Sebahagian besarnya melibatkan golongan muda melempar tentera I5rael dengan batu dalam pertempuran di jalanan.

Para belia semuda 10 tahun bertempur dengan askar I5rael. Pasukan yang belum dilatih untuk pertempuran tersebut melempar batu dan bom petrol yang dibalas dengan senjata automatik.

Intifada pertama yang berterusan selama enam tahun, berakhir dengan termeterainya Perjanjian Oslo di Washington DC pada 13 September 1993, antara Yitzhak Rabin (PM I5rael) dan Yasser Arafat (pemimpin PLO).

Hampir 1500 orang P4lestin terkorban manakala lebih 120,000 lagi ditahan.

Setelah 26 tahun, perjanjian Oslo ini yang kononnya membawa kepada permulaan proses perdamaian terbukti sebagai janji palsu semata.

Kuasa jajahan I5rael semakin meluas dari sebelumnya. Hak-hak rakyat P4lestin dicabul berterusan.

Tanah yang dirompak, dibangunkan dengan penempatan haram, dan rakyat P4lestin sehingga ke hari ini ditindas dengan kezaliman 2ionis I5rael.

Teruskan berdoa, teruskan sokongan, teruskan menyebar dan teruskan menyumbang.

Salurkan bantuan ke akaun CGM, Maybank 5648 1050 7826, atau layari winter4gaza.com.


Sumber: MEMO, Al-Jazeera, Berita Mediacorp.

#FreeGaza

#FreePalestine

#CGM

Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©