Tuesday, May 18, 2021

Kenapa P4LEST1N?

| | 0 comments

Apabila anak kita bertanya, 

"Mengapa kita memberikan perhatian kepada P4LEST1N dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita: Wahai anakku, sesungguhnya P4LEST1N adalah tempat tinggal para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi kita Ibrahim ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… hijrah ke P4LEST1N.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Lut ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi P4LEST1N.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Daud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… tinggal di P4LEST1N dan membangun mihrabnya.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Dan Nabi Sulaiman ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… memerintah seluruh dunia dari P4LEST1N, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di P4LEST1N dekat (‘Athqalan).

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di P4LEST1N juga, terdapat mihrab Zakaria ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…, sebagaimana Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani I5rail sepakat untuk membunuhnya.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di P4LEST1N, Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Termasuk tanda-tanda akhir zaman di P4LEST1N, Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod P4LEST1N, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di P4LEST1N, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya: “Bagaimana dengan Nabi Muhammad ๏ทบ dan hubungannya dengan P4LEST1N?”

Jawab: 

“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke P4LEST1N, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Demikian juga ketika Rasulullah ๏ทบ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali P4LEST1N, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."

2. Anak kita bertanya lagi: “Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab: 

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah P4LEST1N dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

3. Anak kita berkata: "Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab: 

“Ya, anakku. Allah ๏ทป mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3)

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri P4LEST1N, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Allah ๏ทป berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata: “Sekarang saya faham pentingnya P4LEST1N dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab: 

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak P4LEST1N dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Footnote: This is not my writing. Read this via Whatsapp. Sharing it here, sangat bermanfaat. Credit to the original writer. 

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di P4LEST1N. Amin YRA. 

#SavePalestine


Read more...

Saturday, May 15, 2021

SANG BERJASA

| | 0 comments

Siapa Ir Yahya Ayyash? Ayyash syahid pada Tahun 1996 dan beliau sangat ditakuti oleh Zi0ni5 laknatullah, kenapa?

Kerana Ayyash digelar sebagai Manusia mempunyai 100 wajah.

Beliau pakar penyamaran, boleh merubah penampilan sehingga gagal dikenal pasti.

Boleh bertutur menjadi Yah.udi kerana pakar berbahasa hebrew dan pakar psikologi dan komunikasi Yah.udi.

Dikatakan beliau pernah menyusup dalam mesyurat ketenteraan Zi0ni5 dan menyamar menjadi tentera Zi0ni5.

James Bond Muslim. Fuhh... Siapa ada anak lelaki, namakannya Ayyash.

Tapi akhirnya beliau dibunuh kerana pengkhianat dari kalangan P4lestin sendiri. Bermaksud Ayyash Mati di Bom kerana ada tali barut dalam bangsa P4lestin.

Begitulah, pengkhianat menjual maklumat demi habuan dunia. Bangsat Pengkhianat.

Roket Ayyash 250 yang baru dilancarkan adalah sempena nama beliau yang merupakan seorang engineer dan syuhada.

Allahu akbar!! Semoga lebih ramai muslim berkualiti seperti As syahid Ayyash!!




Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidรญsimo
Images by: DeliciousScraps©