Thursday, October 6, 2022

Bantu Sebelum Beku

| | 0 comments

 


Musim sejuk adalah salah satu musim yang membimbangkan terutamanya di negara-negara yang terjejas oleh perang. 

Cinta Gaza Malaysia memulakan inisiatif kempen winter 4 Gaza iaitu bantu sebelum beku sejak tahun 2019

Tahun ini, CGM telah memasuki 4 tahun penganjuran bantuan musim sejuk dan kali ini CGM akan memperluaskan fokus bantuan ke beberapa buah negara bagi membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan seperti di Palestin, Syria dan Lubnan. 

Winter4Gaza 2022-2023 diteruskan tahun ini dengan penjenamaan nama baru iaitu Winter Aid 4 Humanity.

Ayuh bersama kami untuk menjadikan musim sejuk mereka yang akan datang lebih selamat.

Sumbang sekarang di https://winter4gaza.com/twinter atau salurkan ke akaun bank khas di Maybank, 5505 1128 0066 dengan rujukan: winter.


#WinterAid4Humanity

#BantuSebelumBeku

#CGM

Read more...

Wednesday, August 10, 2022

Tunang syahid angkara kekejaman zi0nis

| | 0 comments


'Maaf, nombor yang anda dail tak dapat dihubungi.'

Itu yang kedengaran di telefon Abeer apabila dia cuba menghubungi nombor tunangnya.

Sepatutnya beberapa minggu lagi mereka berkahwin. Segala persediaan telah dibuat, rumah kecil mereka telah disiapkan, perabot sudah dibeli dan baju pengantin siap tergantung di almari.

Tiba-tiba, serangan zi0nis memusnahkan semuanya. Rumah, perabot, baju pengantin, tidak ada yang berbaki, semuanya bertukar menjadi debu berterbangan.

Dan bakal suaminya?

'Maaf, nombor yang anda dail tak dapat dihubungi.'

Itu jawapan operator ketika dia menghubungi bakal suami ketika serangan mula meletus dan dia cuba memastikannya selamat.

Rupa-rupanya tunang Abeer juga telah menjadi abu, terkorban dek bedilan roket penjajah.

Muslimah dari Rafah, P4lestin ini telah kehilangan tunangnya sekelip mata dalam tragedi pencerobohan rejim I5rael beberapa hari lalu.

Abeer dan tunangnya, Ismail Dweik sempat bertunang untuk tempoh dua bulan. Lebih menyedihkan, mereka sepatutnya bergelar suami isteri dalam masa terdekat.

Difahamkan, Ismail Dweik ditemui syahid selepas serangan udara Israel dengan sengaja menyasarkan rumahnya di Rafah, sebelah selatan Semenanjung Gaza.

Pada Isnin, pejuang P4lestin dan I5rael bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di Ga.za seperti yang dicadangkan Kaherah.

Dalam tempoh pertempuran tiga hari bermula Jumaat itu, Kementerian Kesihatan P4lestin memaklumkan bahawa lebih 44 warga P4lestin termasuk 15 kanak-kanak serta 4 wanita terbunuh manakala 360 cedera.

Bantulah kami membantu mereka. InsyaAllah kita dapat membantu membina semula kehidupan penduduk di sini. 

Untuk sumbangan melalui Cinta Gaza Malaysia klik emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun Maybank CGM, 564810507826 ref : kecemasan.

Mohon disebarkan.

Read more...

Friday, January 7, 2022

Alahai Merajuk Dah..

| | 0 comments


Aduhh comel betul laa adik ni 🤣🤣😍 Namanya memang ada dalam senarai penerima baju sejuk awalnya.

Tapi sebab nama dia antara yang terakhir, plus mungkin lama sangat dia tunggu tak dipanggil-panggil, tu sampai merajuk tu 😭🤣

Bila fikir balik, kesiannya mereka. Mungkin dah lama tak mampu beli baju baru, itu yang sampai merajuk tu huhu..

Mujur ada kalian yang sentiasa menyumbang 🥰

Btw kami masih buka tabung musim sejuk dan masih jauh dari sasaran. Boleh salur ke winter4gaza.com/twinter.

Kalau boleh, kita tak nak ada kanak-kanak lain yang merajuk juga sebab tak dapat baju sejuk. Kesian mereka yang masih menunggu 🤧

 

Read more...

Wednesday, January 5, 2022

Al-Muhandis' Yang Menggoncang zi0nis i5rael

| | 0 comments


As-Syahid Yahya Ayyash yang dikenali sebagai 'Al-Muhandis' atau bermaksud Jurutera merupakan seorang pemuda yang dilahirkan di Rafah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atas di Rafah dengan keputusan yang cemerlang dan melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Beit Zeit.

Menerima ijazah kejuruteraan elektrik pada tahun 1988 ketika berumur 22 tahun. Keinginannya untuk melanjutkan pelajaran ke bidang sarjana di luar negara terbantut apabila dihalang rejim zi0nis.

Kemudian melibatkan diri secara aktif dalam Briged Iz2udin Al-Qas5am dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan-bahan mentah yg mudah didapati di P4lestin.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim zi0nis.

Masih ingatkah anda mengenai Tragedi Masjid Ibrahimi?

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam ke atas jemaah yang sedang solat di masjid tersebut, beberapa serangan balas dilakukan ke atas pihak zi0nis.

Pihak kerajaan zi0nis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan tersebut.

Dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu yang paling dikehendaki rejim zi0nis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun.

Dalam tempoh persembunyian, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi yah.udi (Paderi Kristian) dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim zi0nis gagal mengesan sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri.

Pada 5 Januari 1996, syahidnya Yahya Ayyash dengan strategi pihak zi0nis yang bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bahan peledak di dalam telefon bimbitnya.

Allahuakbar.. semoga pemergian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad kita seluruh umat Islam.

Sumber: inijalanku.wordpress.com

Read more...

Thursday, June 3, 2021

Kisah P4lestin yang Tersembunyi

| | 0 comments


73 tahun saudara kita di P4lestine diseksa, 

pembersihan kaum yg cuba dilakukan, 

ibarat tuan rumah yang ditarik hak empunya.


Setiap tahun akan terdengar bunyi dentuman bom, media massa main peranannya, hanya ceritakan auta tanpa fakta. 

Apa cerita disebalik yg terjadi? 

Mari bersama kami, dgn tetamu khas rakan Palestine kami. 


Tetamu Jemputan :

✨Leen Saleh✨

Head of PR and Media Friends of Palestine Network. 


Hari : Sabtu (5/6)

Tarikh : 5 Jun 2021 

Masa : 2115H (9.15pm)

Platform : Googlemeet


Mari tunjukkan kebersamaan kita dgn mendaftar di sini. 

https://forms.gle/7G2sLQACHHQjCzuH7


Sebarang pertanyaan atau kolaborasi :

https://tinyurl.com/StandForPalestine


#eduhubpalestine

#savepalestine

#friendsofpalestine

Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©