Tuesday, October 6, 2015

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Cyst Di Kalangan Wanita

| | 0 comments

Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung dan ayam organik adalah pilihan yang lebih baik.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat. Ada juga isu dimana ikan keli diberikan makanan seperti khinzir untuk menjimatkan kos dan diternak di dalam kolam kumbahan ternakan, (yak..).
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran – kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan – Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa – pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis – kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan – cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak
FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka
Read more...

Saturday, October 3, 2015

Cara Mengatasi Masalah Angin Dalam Badan

| | 0 comments

Masalah angin dalam badan menjadi satu masalah besar kepada wanita. Kebiasaanya pada bahagian belakang badan. Sakit sangat. Kadang-kadang seringkali kentut dan sendawa untuk membuang angin dari badan. Berbagai minyak digunakan untuk membantu. Ada kalanyaa menyengat satu ofis dengan bau minyak kapak. Ketahui 5 cara untuk mengatasi masalah angin dalam badan.


"Perut senak atau kembung, badan rasa sakit, tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.
Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.
Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.
Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas, ambil ubat serta cuba untuk tidak menelan terlalu banyak udara."
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin:
Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Ubatan dan urutan
Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.
Menurut pakar terapi Nor Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.
“Terdapat pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
“Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu,” ujarnya.
Nor Qamarul Ramdhah yang mempunyai pengalaman mengurut masalah angin lebih 10 tahun itu berkata, pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian.
“Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
“Pengambilan buah sebelum makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/node/174510
Jadi apa yang perlu dilakukan bagi mereka yang mempunyai masalah angin dalam badan. Jaga pemakanan anda. Itu sahaja. Pemakanan adalah faktor utama masalah angin. Urutan sekali sekala dapat membantu mengatasi masalah ini.
Masalah angin ini sebenarnya sangat mengangu mood wanita. Ditambah dengan masalah PMS. Jadi dengan urutan dan pemakanan yang baik, masalah ini boleh dikurangkan.
Read more...

Pasangan ingin dapatkan anak melalui kaedah tabung uji

| | 0 comments

Ini artikel yang saya pow daripada harian metro juga pasal kaedah mendapatkan anak melalui tabung uji. Dengan kata lain menerusi makmal. Biasanya air mani lelaki dan telur wanita akan disenyawakan di dalam tabung uji dan dimasukkan ke dalam faraj wanita ketika waktu subur.

Berikut adalah artikel mengenai mendapatkan anak menerusi kaedah tabung uji.
SAYA berusia 37 tahun, sudah berkahwin selama sembilan tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Kami sebenarnya masih belum menjalani hubungan kelamin dan saya masih dara.
Sebenarnya, suami saya mempunyai masalah zakar yang tidak dapat menegang. Jika ada ia hanya bertahan sekejap saja. Suami saya sudah mendapatkan rawatan doktor pakar di dua hospital mulai 2008 dan diberikan suntikan hormon berbeza tetapi sehingga kini memandangkan keadaannya masih sama, suami saya berhenti mendapatkan rawatan sejak awal tahun ini.
Untuk pengetahuan puan, suami saya tidak mempunyai penyakit lain. Saya juga mempunyai masalah senggugut yang teruk sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Saya teringin mempunyai anak dan pernah mendengar mengenai permanian berhadas. Kami sudah berbincang dan bersetuju menjalani rawatan ini. Apakah peluang saya hamil dengan kaedah ini?
MIN,
Kuala Lumpur
PERMANIAN berhadas yang anda maksudkan mungkin hanyalah inseminasi artifisial ke dalam faraj saja (sing-katan AI sering digunakan) atau ia mungkin permanian ke dalam rahim (singkatan IUI pula lazim digunakan). Kedua-dua cara ini berbeza, kosnya berbeza dan peluang kehamilannya juga berbeza.
Kaedah AI hanyalah prosedur memasukkan air mani ke dalam faraj, lazimnya menggunakan tiub kecil yang disalurkan melalui bukaan selaput dara sehingga ke penghujung faraj. Ia menggantikan ejakulasi ke dalam faraj yang berlaku dalam hubungan seks, itu saja.
Kaedah IUI pula lazimnya didahului dengan prosedur ‘mencuci’ air mani untuk membuang sperma yang mati atau tidak elok serta air mani dan menggantikannya dengan bahan media.
Kebanyakan pusat kesuburan menggunakan prosedur tambahan untuk memisahkan sperma yang elok daripada yang tidak elok menggunakan alat pemutar (centrifuge). Ada juga yang hanya menggunakan kaedah kit mudah saja.
Setelah ‘dicuci’ barulah sperma ini dimasukkan terus ke dalam ruang rahim meng-gunakan tiub kecil dengan bantuan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj. Ini kurang sesuai untuk anda memandangkan anda masih dara kerana ia boleh menyebabkan kecederaan atau kesakitan apabila selaput dara koyak, anda juga mungkin merasa janggal dan sakit sepanjang prosedur ini memandangkan sesuatu dimasukkan ke dalam faraj buat pertama kali sehingga boleh menyukarkan doktor melakukannya.
Kaedah IUI lebih mahal, bergantung kepada cara air mani ‘dicuci’ tetapi peluang kehamilannya lebih tinggi.
Bagaimanapun, anda dinasihati menjalani pemeriksaan doktor dahulu. Mungkin anda juga mempunyai penyakit lain yang berkait dengan kesuburan, bukan suami saja.
Pengeluaran telur (ovulasi) dan keadaan tiub fallopio juga penting untuk membolehkan kaedah AI atau IUI membuahkan kehamilan. Mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari. Saya pasti suami anda juga sudah menjalani ujian air mani sebelum ini, ujian ini boleh diulangi dan dibandingkan hasilnya sekiranya ia sudah lama dilakukan dahulu.
Sumber: Harian Metro
Read more...

10 Kebaikan Cukup Tidur Malam

| | 0 comments

Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam se malam berisiko mendapat banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.
Di antara kebaikan cukup tidur ialah:
1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.
4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
7. Membantu menurunkan berat badan
Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam bagi mengembalikan tenaga.
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.
9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.
10. Membantu memperbaiki sistem badan
Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.
Read more...

Petua Ubat Batuk Tradisional Yang Mujarab

| | 0 comments

Batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi sangat merisaukan para ibu. Pengunaan ubat-ubatan moden yang mengandungi dadah dan bahan kimia dikuatiri akan merosakkan tubuh badan bayi yang masih kecil.

Petua Ubat Batuk Tradisional Yang Mujarab

Ini adalah petua yang saya amalkan untuk anak-anak kami. Tiada isu overdose kerana ia mengunakan bahan-bahan yang alami dan tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun diambil secara berlebihan oleh kanak-kanak ataupun bayi. Cuma kami tak galakkan bayi dibawah umur 6 bulan kerana perut bayi masih belum bersedia untuk menerima makanan lain selain daripada susu ibu.

Apa yang diperlukan ialah
1. Madu Lebah Asli
2. Lemon
3. Botol Kaca
Cara-caranya:
1. Basuh lemon dan potongnya kepada hirisan.
2, Masukkan ke dalam botol dan masukkan madu.
3. Gaulkan lemon dan madu dalam botol dengan sudu plastik.
4. Biarkan campuran ini didalam peti sejuk selama beberapa hari.
Ia akan menjadikan lemon di dalam madui ini menjadi seperti jeruk. Berikan campuran ini kepada anak yang batuk 2 atau 3 kali sehari . Tiada kuantiti tertentu kerana madu sangat elok untuk kesihatan.Ada banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menyatakan keupayaan madu lebah sebagai ubat buat manusia.
Malah dalam kitab Sahib Bukhari ada menyatakan:
”Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)
Riwayat Alhakim dan ibnu majah  : dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran
Malah buah lemon sendiri kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin C, Vitamin V, Fosforus, protein dan karbohidrat.Ia juga mengandungi flavanoid iaitu satu komponen penting dalam pencegahan sel kanser.
Menurut American Urological Association, buah lemon atau jus lemon boleh menghilangkan terjadinya batu karang pada ginjal dengan cara membentuk  sebatian yang mencegah pembentukan kristal atau kita kenali sebagai penyakit batu karang.
Kami mengunakan petua ini untuk anak-anak kami, Alhadulillah. Mujarab.
Malah rasanya yang sedap menyebabkan anak-anak sukakannya. Jangan risau jika berikan lebih, ianya penawar semula jadi. Ia tidak memberikan kesan sampingan berbanding dengan ubatan moden yang memberikan kesan sampingan kepada anak-anak kecil.
Jangan gunakan sudu besi kerana besi, menghilangkan khasiat madu. Gunakan sudu plastik atau kayu untuk mengambil madu.
Selamat mencuba!
Mohon share kepada rakan-rakan jika merasakan artikel ini berguna untuk anda dan rakan-rakan anda. 🙂
Read more...

Tanda dan Pengiraan Waktu Subur Wanita

| | 0 comments

Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat.
Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.
Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya.
Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering.
Pengiraan Waktu Subur
Catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).


Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.
Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku.
Cara paling mudah ialah mengunakan aplikasi telefon bimbit yang boleh mencatatkan tarikh haid dan kesuburan anda.
Read more...

8 Jenis Makan Kesihatan Terbaik Untuk Wanita

| | 0 comments

Makanan kesihatan kaum wanita haruslah kene lebih berkhasiat agar membolehkan anda mengekalkan pemakanan seimbang. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut. Masa kini keperluan kepada golongan wanita bekerjaya dalam mempersiapkan diri dengan kecantikan diri.

Antara Makanan Kesihatan Wanita Adalah :

1) Protein soya – Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

2) Bijirin penuh  – Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3) Makanan tinggi folat  -Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

4) Jus kranberi  – Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5) Air – Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6) Sayuran hijau  – Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7) Makanan penuh Vitamin C – termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.
Read more...

Tips menjaga kesihatan Wanita di usia 30-an

| | 0 comments

Tips menjaga kesihatan di usia 30-an

Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya.

Namun, ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”. Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu. Badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.
  • Mengambil Vitamin D dan Kalsium
Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000 mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.
  • Buat Pemeriksaan Kesihatan
Anda boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal, ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.
  • Kurangkan Memakan Daging Merah
Memakan daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup semakin tipis. Jaga kesihatan daripada sekarang.
Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©