Saturday, December 12, 2009

Sebab kitakan kawan..

| |




Menjadi penyokong, kawan setia & kawan pada masa susah dan senang.. 
Inilah ertinya setiakawan, tapi seperti yang kita sedia maklum sebagai manusia biasa kita tak sempurna.. 
Selalunya kita terima kelebihan kawan tapi adakah kita terima kekurangan si kawan?
Wahai kawan ketahuilah seperti mana kau, aku juga banyak kekurangan dari kelebihan.. 
     mungkin aku buat kau tak selesa 
     mungkin aku membuat kau meluat 
     mungkin aku tidak bijak, menjengkelkan, memalukan, membosankan...

Tapi dengan adanya kau, kau juga atau kau di sisi membantu menyempurnakan perjalanan aku di sini, walaupun ada kalanya aku menambah payah kau, dan ada kalanya kau juga.. harap korang terima! sebab kitakan kawan..
Sediakah kau terima kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi yang aku sendiri tak tau, bersama, sama ada aku atau kau yang akan menimbulkan kemungkinan/masalah akan datang. aku sedia! sebab kitakan kawan.

Waktu pencapaian pelajaran aku jatuh, kau pujuk, kau tabur kata-kata semangat.. tapi waktu pencapaian pelajaran aku meningkat kau hanya memandang sinis, bukan aku harap pujian, tapi cukup dengan kata-kata semangat yang tak putus.. kau takut? kau takut aku menandingi kau? aku tidak! kerana kitakan kawan..
Seamanah mungkin aku membantu meringankan kerja kau, tapi bila kerja tadi terbatas oleh pihak ke3 yang tak bekerja sama, adakah kau nampak itu salah aku dan kau anggap aku mengambil ringan kerja tadi? aku kecewa! kerana kitakan kawan.

Kau mengetahui akan zaman kejatuhan aku dulu.. ada kekurangan aku berkaitan dengannya.. aku akui kekurangan & kelemahan aku, kau tegurilah, ajarilah aku.. mungkin dapat diperbaiki kelemahan & kekurangan tadi dari masa ke semasa..
Tapi jika kau tidak dapat menerima aku kerana kekurangan diri ini, tak dapat aku berbuat apa-apa.. tetap akan aku cuba perbaikinya mengikut kemampuan.
Yang perlu kau tahu, aku terima baik, buruk, kelebihan & kekurangan kau.. jadi terimalah aku seadanya..
Mampukah aku membuat kau terus selesa hingga ke akhirnya.. Insya Allah aku mampu? sebab kitakan kawan..

Terima kasih kawan..


0 comments:

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©