Batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi sangat merisaukan para ibu. Pengunaan ubat-ubatan moden yang mengandungi dadah dan bahan kimia dikuatiri akan merosakkan tubuh badan bayi yang masih kecil.
Petua Ubat Batuk Tradisional Yang Mujarab
Ini adalah petua yang saya amalkan untuk anak-anak kami. Tiada isu overdose kerana ia mengunakan bahan-bahan yang alami dan tidak mendatangkan kesan sampingan walaupun diambil secara berlebihan oleh kanak-kanak ataupun bayi. Cuma kami tak galakkan bayi dibawah umur 6 bulan kerana perut bayi masih belum bersedia untuk menerima makanan lain selain daripada susu ibu.
Apa yang diperlukan ialah
1. Madu Lebah Asli
2. Lemon
3. Botol Kaca
2. Lemon
3. Botol Kaca
Cara-caranya:
1. Basuh lemon dan potongnya kepada hirisan.
2, Masukkan ke dalam botol dan masukkan madu.
3. Gaulkan lemon dan madu dalam botol dengan sudu plastik.
4. Biarkan campuran ini didalam peti sejuk selama beberapa hari.
Ia akan menjadikan lemon di dalam madui ini menjadi seperti jeruk. Berikan campuran ini kepada anak yang batuk 2 atau 3 kali sehari . Tiada kuantiti tertentu kerana madu sangat elok untuk kesihatan.Ada banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menyatakan keupayaan madu lebah sebagai ubat buat manusia.
Malah dalam kitab Sahib Bukhari ada menyatakan:
”Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)
Riwayat Alhakim dan ibnu majah : dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran
Malah buah lemon sendiri kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin C, Vitamin V, Fosforus, protein dan karbohidrat.Ia juga mengandungi flavanoid iaitu satu komponen penting dalam pencegahan sel kanser.
Menurut American Urological Association, buah lemon atau jus lemon boleh menghilangkan terjadinya batu karang pada ginjal dengan cara membentuk sebatian yang mencegah pembentukan kristal atau kita kenali sebagai penyakit batu karang.
Kami mengunakan petua ini untuk anak-anak kami, Alhadulillah. Mujarab.
Malah rasanya yang sedap menyebabkan anak-anak sukakannya. Jangan risau jika berikan lebih, ianya penawar semula jadi. Ia tidak memberikan kesan sampingan berbanding dengan ubatan moden yang memberikan kesan sampingan kepada anak-anak kecil.
Jangan gunakan sudu besi kerana besi, menghilangkan khasiat madu. Gunakan sudu plastik atau kayu untuk mengambil madu.
Selamat mencuba!
Mohon share kepada rakan-rakan jika merasakan artikel ini berguna untuk anda dan rakan-rakan anda. 

0 comments:
Post a Comment