Saturday, October 3, 2015

Pasangan ingin dapatkan anak melalui kaedah tabung uji

| |

Ini artikel yang saya pow daripada harian metro juga pasal kaedah mendapatkan anak melalui tabung uji. Dengan kata lain menerusi makmal. Biasanya air mani lelaki dan telur wanita akan disenyawakan di dalam tabung uji dan dimasukkan ke dalam faraj wanita ketika waktu subur.

Berikut adalah artikel mengenai mendapatkan anak menerusi kaedah tabung uji.
SAYA berusia 37 tahun, sudah berkahwin selama sembilan tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Kami sebenarnya masih belum menjalani hubungan kelamin dan saya masih dara.
Sebenarnya, suami saya mempunyai masalah zakar yang tidak dapat menegang. Jika ada ia hanya bertahan sekejap saja. Suami saya sudah mendapatkan rawatan doktor pakar di dua hospital mulai 2008 dan diberikan suntikan hormon berbeza tetapi sehingga kini memandangkan keadaannya masih sama, suami saya berhenti mendapatkan rawatan sejak awal tahun ini.
Untuk pengetahuan puan, suami saya tidak mempunyai penyakit lain. Saya juga mempunyai masalah senggugut yang teruk sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Saya teringin mempunyai anak dan pernah mendengar mengenai permanian berhadas. Kami sudah berbincang dan bersetuju menjalani rawatan ini. Apakah peluang saya hamil dengan kaedah ini?
MIN,
Kuala Lumpur
PERMANIAN berhadas yang anda maksudkan mungkin hanyalah inseminasi artifisial ke dalam faraj saja (sing-katan AI sering digunakan) atau ia mungkin permanian ke dalam rahim (singkatan IUI pula lazim digunakan). Kedua-dua cara ini berbeza, kosnya berbeza dan peluang kehamilannya juga berbeza.
Kaedah AI hanyalah prosedur memasukkan air mani ke dalam faraj, lazimnya menggunakan tiub kecil yang disalurkan melalui bukaan selaput dara sehingga ke penghujung faraj. Ia menggantikan ejakulasi ke dalam faraj yang berlaku dalam hubungan seks, itu saja.
Kaedah IUI pula lazimnya didahului dengan prosedur ‘mencuci’ air mani untuk membuang sperma yang mati atau tidak elok serta air mani dan menggantikannya dengan bahan media.
Kebanyakan pusat kesuburan menggunakan prosedur tambahan untuk memisahkan sperma yang elok daripada yang tidak elok menggunakan alat pemutar (centrifuge). Ada juga yang hanya menggunakan kaedah kit mudah saja.
Setelah ‘dicuci’ barulah sperma ini dimasukkan terus ke dalam ruang rahim meng-gunakan tiub kecil dengan bantuan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj. Ini kurang sesuai untuk anda memandangkan anda masih dara kerana ia boleh menyebabkan kecederaan atau kesakitan apabila selaput dara koyak, anda juga mungkin merasa janggal dan sakit sepanjang prosedur ini memandangkan sesuatu dimasukkan ke dalam faraj buat pertama kali sehingga boleh menyukarkan doktor melakukannya.
Kaedah IUI lebih mahal, bergantung kepada cara air mani ‘dicuci’ tetapi peluang kehamilannya lebih tinggi.
Bagaimanapun, anda dinasihati menjalani pemeriksaan doktor dahulu. Mungkin anda juga mempunyai penyakit lain yang berkait dengan kesuburan, bukan suami saja.
Pengeluaran telur (ovulasi) dan keadaan tiub fallopio juga penting untuk membolehkan kaedah AI atau IUI membuahkan kehamilan. Mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari. Saya pasti suami anda juga sudah menjalani ujian air mani sebelum ini, ujian ini boleh diulangi dan dibandingkan hasilnya sekiranya ia sudah lama dilakukan dahulu.
Sumber: Harian Metro

0 comments:

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©