Sunday, August 2, 2009

Terlibat tanpa menyertai

| |


Alhamdulillah, xde pape serius yg jadi.. Cukup dgn pengalaman sendirian dlm perhimpunan yg xdisangka2, perjalanan dr Ampang ke Danau Kota mengambil masa lebih dr 5 jam. Di tengah2 keramaian yg tak begitu riuh 500m di hadapan ledakan & kepulan2 asap timbul, xlama kemudian hadirin disekitar & sy sendiri merasakan kepedihan sehingga berair mata, kesukaran bernafas di samping terbatuk2 & muntah yg agak luar biasa turut berlaku dikalangan yg hadir akibat gas pemedih mata. Sy bayangkn mereka yg menjadi sasaran utama pasti mengalami kepedihan yg amat dasyat.

Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin
Tarmizi Mohd Jam | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Aug 01, 09 | 4:46:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

ImageSidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.Image

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Antara penyampai maklumat dr media Bebas:
Anti-ISA: 20,000 sertai, 589 ditangkap
Suara Reformasi Rakyat: Perhimpunan Aman 1 Ogos
Suara Reformasi Rakyat: Sayang Malaysia Negara Polis
Perhimpunan 1 Ogos aman

manakala penyampaian mklumat dr media awam:
Perhimpunan haram menyusahkan rakyat
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090801235443/Article/

Pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata ketika menyuraikan perhimpunan haram bantah ISA di Jalan Kinabalu, semalam.

Info yg tadi kita baca perhimpunan aman, berubah ke perhimpunan haram. Dimana salahnya? sama ada informasi tidak tepat atau tidak akan tepat, diskriminasi yg nk menjatuhkan atau juga keadaan yg tidak akan dibenarkan melalui media awam. Kalian, cerdik pandai dpt membezakan yg mana info benar lagi tepat dr media yg menyebarkan berita dan informasi berguna.

0 comments:

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©