Monday, December 7, 2009

SURAT ADAM UNTUK HAWA

| | 0 comments

Dengan nama Allah swt Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang………..

Didoakan semoga kalian berada dibawah
lembayung rahmat dan keredhaan Allah
swt….


Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa
mengguris hati
mu. Meskipun
kutahu, jiwa
mu selembut sutera dan bisa
hancur
lantaran kata-kata yang bakal
ku ungkap ini,
mengertilah duhai
Hawa....
kerana kaulah pengubat
kesunyian waktu aku di syurga
dulu....

dan engkau juga asalnya dari
tulang rusuk kiriku yang
bengkok, lantas kerana bimbang hidup
mu
terpesong dari landasan yang
sebenarnya, kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah
mentakdirkan kaum
mu melebihi
bilanganku di akhir zaman ini. Itulah
kebesaran dan penelitian Allah swt
dlm urusan-Nya. Bayangkanlah

Hawa...
sekiranya kaumku melebihi
kaum
mu, yang pasti dunia ini kan
berkecai kerana huru-hara dan
diselimuti warna-warna suram lantaran
kekejaman dan penindasan....


Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar
berfikir sejenak tentang hakikat
kekalutan yang melanda disaat ini.
Tapi permintaanku, duhai

Hawa...
cubalah! renungkan jua yang
sebenarnya diri
mu kini sudah
berubah... Tidakkah
kau mengerti bahwa
diri
mu kini... kian berubah.. tidakkah
kau mengerti bahwa dirimu adalah
umpama sekuntum bunga yang indah di
pandangan mata namun bukan perhiasan
semata-mata.
Duri-duri yang
melingkari
mu itulah hijab yang
digariskan oleh Allah swt sebagai
pelindung yang diertikan sebagai aurat
seorang
yang bergelar wanita...
Mengapa
Hawa?
Mengapa harus kau biarkan ia
terdedah... kepada kami, kaum ajnabi
mu?
Betapa hancurnya hatiku menyaksikan
diri
mu umpama bahan yang dapat
diperkotak-katikkan. Dimana-mana
saja, bisaku lihat diri
mu menghayunkan
langkah, bukan sebaik dulu
lagi... langkah
mu kian pantas.... apa
sebenarnya yang
engkau kejari?... ku
sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak
dapat membezakan antara diri
mu dan
teman-teman yang lain...
Bersama
hayunan langkah itu, suara
mu kian
meninggi, diiringi gelak tawa yang
cukup memedihkan mata dan hatiku
ini... Sedarkah
kau Hawa.....????
Haruskah aku terima hakikat yang kau
kini sudah berubah? Semakin jauh dari
landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki
buat
mu dahulu!!!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi
tontonan ramai? Perlukah
kau hiasi
diri
mu untuk menarik perhatian
sehinggakan yang seharusnya menutupi
aurat
mu, kau miliki dari ciri-ciri
yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku
untuk melihat kembali keadaan yang
mana sesederhana yang mungkin! Cukup
untukku merasakan kehadiran
mu disaat
ini tidak lebih dari mempamerkan
perhiasan diri yang
kau
punyai.....
Fahamilah Hawa, usahlah
menurut kerakusan nafsu menjelajahi
sebutir peluru yang bisa hinggap di
mana saja meninggalkan fitnah buat
kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat
kulihat aurat
mu menjala, di sekeliling
pandangan.... Aku tidak mahu
Hawa... suatu hari nanti, dinegeri yang
abadi itu, memperlihatkan seksaan
terhadap
mu yang ku kira paling
dahsyat, apa tidaknya...
seurat
rambutmu yang keluar,
ular menanti
dimana-mana,
sejengkal tanganmu
kelihatan ...aduh!!  banyaknya seksaan
menantimu!...
Mengapa begitu Hawa???
Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau
jaga adalah maruahmu! Maruah seorang
wanita
yang tersandar di bahumu
kelemahan dan kekurangan!!! Jadi
bagaimana seandainya
kelakuan dan
auratmu
terpamer di mana-mana saja??

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan
pembohongan yang kau sembunyikan dalam
dirimu sendiri....
Di sini auratmu kau
selindungi disebalik pemakaianmu, atas
dasar peraturan dan persekitaran
kalian...
tapi jauh nun diluar
sana, tersentak diriku tatkala diri
mu
telah jauh berbeza! Tudung ke
mana, jilbab ke mana?
Apatah lagi
tingkah lakumu...!!! Dimana kau
letakkan martabat seorang yang
bergelar muslimah?
Aku diselubungi
rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah
dirimu, bertuturlah dengan suara yang
lembut mampu kau kawal lantaran jika
terlanjur,
semuanya bisa membawa dosa
pada
mu... Jangan kau memperlihatkan apa
yang tersembunyi pada diri
mu.. tapi
ingatlah,
cukuplah sekadar tapak
tangan dan wajahmu yang
dizahirkan,
bukan
kakimu, rambutmu, dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-
wanita beriman,hendaklah mereka
menahan dari pandangan mata mereka dan
memelihara kemaluan mereka dan jangan
menampakkan perhiasan mereka kecuali
yang zahir daripadanya...”


Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan
bicara pertama ini di sini
dulu... Andai diizinkan Allah swt, kita
bersua lagi dilain lembaran dan yang
pasti aku tetap terus membimbing
mu.
Harapanku agar muncullah walaupun
hanya secebis kesedaran dihati
mu dan
akan mendoakan moga Allah swt membuka

hati kalian
untuk mencetuskan
perubahan...

Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA
SOLEHAH!!”




SURAT ADAM UNTUK HAWA – DIHANTAR OLEH: Sha FTC Crew Jr.
Read more...

Thursday, November 26, 2009

Monday, October 19, 2009

| | 0 comments



Hope - Who am I To Say


Love of my life, my soulmate 
You're my best friend
Part of me like breathing
Now half of me is left

Don't know anything at all
Who am I to say you love me
I don't know anything at all
And who am I to say you need me

Color me blue I'm lost in you
Don't know why I'm still waiting
Many moons have come and gone
Don't know why I'm still searching

Don't know anything at all
And who am I to say you love me
I don't know anything at all
And who am I to say you need me

Hmmm hmmm mmm
Uhhh oohhh aahhh
Hooo aahhh ohh ohhh

Now you're a song I love to sing
Never thought it feels so free
Now I know what's meant to be
And that's okay with me

But who am I to say you love me
And who am I to say you need me
And who am I to say you love me

Mmmm hmmm

I don't know anything at all
And who am I to say you love me
I don't know anything at all
And who am I to say you need me
I don't know anything at all

I don't know anything at all
I don't know anything at all
I don't know anything at all

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Saturday, September 5, 2009

Surat untuk Adam

| | 0 comments





Assalamualaikum Adam, 
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa, temanmu yg kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dr
 tulang rusukmu yg bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan drmu. Sentiasa mahu terpesong dr landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dr kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, kerana 
andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dr peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pd zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yg 
mengharuskan adam beristeri lebih dr satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam, 
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. 
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi tlh kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala tlh menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara utk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku syg pdmu.

Adam, 
Sebagaimana didalam Al-Quran tlh menyatakan yg engkau diberi 
kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab utk menjagaku, memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yg tlh terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku tlh 
ramai yg menderhakaimu. Ramai yg tlh menyimpang dr jalan yg tlh ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan, dipasar, di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa, aku keluar dr rumah seluruh tubuhku ditutup dr hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku tlh lebih dr yg sepatutnya. 

Adam, 
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepd anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu, guru dan 
aku jugalah yg memikul senjata. Pdhal engkau duduk shj. Ada diantara kau yg menganggur tiada kerja. Kau perhatikan shj aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha, mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepdku?

Adam, 
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang 
engkaulah yg harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yg tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh, guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa, kaulah puncanya!!! 

Adam, 
Kau selalu mengata, Hawa memang 
degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepd dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu?  Dalam mendidik aku yg lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam, 
Sebenarnya 
kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dr itu Adam, gunakanlah ketinggian akalmu utk membimbingku. 

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dr TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam, 
Andainya kau 
masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yg memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pd dirimu sendiri. Wallahualam.

Surat Utk Adam - Dihantar oleh: Mumtazah Maridi
www.iluvislam.com

Read more...

Blogroll

Powered by Blogger.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Editors Picks

Pages

 

Designed by: Compartidísimo
Images by: DeliciousScraps©